Selasa, 24 Ogos 2010

MARHABAN YA RAMADHAN

Assalamualaikum. Belum terlewat untuk saya dan seluruh ahli keluarga mengucapkan selamat menyambut Ramadhan, bulan yang penuh kerahmatan, kemuliaan dan pengampunan. Diharap Ramadhan pada tahun ini menjadikan kita lebih maju, produktif dan diredhai ALLAH SWT.

Lama saya tak update blog ni... Laptop rosak hantar ke manufacturer sbb under warranty. Sibuk dengan anak sulung ada ujian sebelum masuk darjah 1. Saya dan isteri nak sekolahkan anak di Sekolah Rendah Islam Al-Amin, Kuala Lumpur. Sebab tulah ada ujian, yang ibu bapa pulak kena temuduga... Bukan senang nak hantar anak ke sekolah swasta. Yelah... orang kata siapkan duit... Duit bukan masalah, dah jadi tanggungjawab ibu ayah nakkan anak dapat pendidikan agama secara intensif seimbang dengan aliran akedemik lain. Tak tahu lagi keputusannya. Apapun kami sama-sama berdoa apa yang dihajatkan tercapai... maklumlah benda baik.

Saya cadangkan nak update laporan JELAJAH CENDAWAN kami tu. Komputer baru siap. nanti kami compile gambar dan cerita bolehlah tuan-tuan lihat dan baca. Macam-macam cerita yang telah kami dengar sepanjang jelajah ini. Ada yang suka dan ada yang duka mengenai perjalanan mereka sebagai pengusaha cendawan.

Saya akan siapkan secepat mungkin. TUNGGGGUUUUUUUUUUUUUUUUU..........

Jumaat, 4 Jun 2010

JELAJAH CENDAWAN SEMPENA CUTI SEKOLAH

Sempena cuti sekolah yang bakal tiba, satu jelajah yang saya namakan Jelajah Cendawan akan melintasi kawasan anda. Jelajah ini hanya disertai oleh kami sekeluarga sebagai program santai sambil membawa anak-anak berjalan-jalan. Jelajah akan dimulakan di sekitar Lembah Kelang, Temerloh, Maran, Kuantan dan berakhir di Terengganu.

Tujuan jelajah ini diilhamkan kerana kami mahu menimba seberapa banyak ilmu mengenai tanaman cendawan ini. Maklumlah, lain padang lain belalang. Selain itu kami boleh berkongsi maklumat, teknik dan teknologi terbaru dalam bidang tanaman cendawan ini.

Bagi sahabat dan rakan-rakan pengusaha cendawan, nantikan kedatangan kami. Kami akan membuat temujanji terlebih dahulu dengan pengusaha sebelum datang ke tempat mereka. Bagi sesiapa yang mahu rombongan ini datang ke tempat mereka, sila hubungi saya supaya saya dapat menyusun jadual perjalanan kami.

Khamis, 3 Jun 2010

MAJU SETAPAK


MFA Agro Enterprise telah membuka langkah baru bagi mengembangkan perniagaan dengan tanaman cendawan Ganoderma Lucidum (lingzhi). Cendawan ini yang dikenali sebagai ''king of herbs'' oleh masyarakat di negara China telah lama menapak di negara ini. Dalam perubatan tradisional masyarakat cina, kandungan khasiatnya telah terbukti secara saintifik di mana bahan antioksidan yang tinggi dapat menjana tenaga pada tubuh, menghalang pertumbuhan sel kanser, mengawal tekanan darah serta kandungan gula dalam darah (bagi pesakit darah tinggi dan diabetis) serta dapat memulih dan memelihara sistem hati dan macam macam lagi.

Kami sedang dalam perancangan untuk menghasilkan beberapa produk dari dari cendawan ini. Antaranya Dried Gano, Kapsul, Kopi dan beberapa jenis lagi Insya Allah. Saya harap keluarga dan rakan-rakan dapat mendoakan agar perancangan ini dapat kita laksanakan kelak. Sokongan anda amat saya hargai.

Rabu, 2 Jun 2010

GAMBAR KENANG-KENANGAN LAWATAN PELAJAR DAN GURU SMT PERTANIAN CHENOR



LUAHAN HATI SEORANG RAKAN SEPERJUANGAN

Saya ada terbaca catatan blog Kuantan Agro Enterprise yang meluahkan rasa sedih, marah, geram dan meluat terhadap sebuah syarikat pembekal substrat dan cendawan yang terkemuka di Malaysia.

Kalau sebelum ini saya pernah menegur beberapa 'pengusaha baru' yang tidak mengamalkan amalan penjagaan dan pengurusan rumah cendawan dengan baik selepas membeli substrat dari pembekal, tapi dalam kes ini ia amat bebeza sekali.

En. Arish merupakan seorang pengusaha tanaman cendawan berpengalaman. Beliau mendapatkan bekalan sustrat bertahun-tahun dari beberapa orang pembekal. Namun apa yang berlaku sangat menyedihkan tatkala permintaan bagi cendawan mentah yang meningkat ditambah pula dengan kekurangan stok atau bekalan akibat cuaca panas yang melanda pantai timur. Saya menyelar tindakan pembekal terbabit dan berharap dapat menyelesaikan masalah dengan pelanggan anda ini because he was not your first time customer.

Ikuti kisah En. Arish. Klik pada link Kuantan Agro Enterprise sebagai renungan dan pengajaran buat kita semua.

Pada rakan-rakan yang mempunyai lebihan stok cendawan segar, silalah berhubung dengan beliau kerana di kala ini beliau amat memerlukan stok cendawan bagi memenuhi permintaan pelanggan tetapnya. Insya Allah kalau saya ada stok, saya akan hubungi anda.

Buat En. Arish, kuatkan semangat. Hidup ini kalau tak diuji oleh Allah, maknanya Allah sudah lupakan kita. Jadikan ujian ini sebagai satu titik tolak kepada kejayaan yang lebih besar nanti dan menjadikan kita manusia yang sentiasa bersyukur sama ada dirahmati mahupun diberikan ujian. All d best and good luck.